Kemalangan

Murid tahun 1 temui ajal kereta rempuh lori

Wartawan Suara Merdeka

MELAKA 23 Jun – Seorang murid Tahun 1 Sekolah Kebangsaan (SK) Cheng terbunuh apabila kereta Perodua Kancil dipandu bapa saudaranya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Krubong Tampoi dekat sini
pagi tadi.

Mangsa, Nurul Qalisha Abdul Rahim, 7, dalam perjalanan meninggal dunia di tempat kejadian manakala
neneknya berusia 58 tahun mengalami patah tangan kanan manakala bapa saudaranya berusia 29 tahun cedera di
kepala.

Jurucakap polis berkata, dalam kejadian lebih kurang pukul 7.45 pagi itu, mangsa yang duduk di tempat
duduk belakang kereta itu dihantar bapa saudara serta neneknya ke sekolah dari Projek Perumahan Rakyat
(PPR) Krubong dekat sini.

Menurutnya, setibanya di tempat kejadian kereta Perodua Kancil yang datang dari arah PPR Krubong
dipercayai berpusing di satu selekoh sebelum masuk ke laluan lori dipandu seorang lelaki berusi 70 tahun.

“Lori itu tidak sempat mengelak itu lalu merempuh bahagian tempat duduk belakang yang remuk teruk
menyebabkan kenderaan itu mengundur di tepi jalan.

“Akibat rempuhan itu, kanak-kanak terbabit maut di tempat kejadian manakala neneknya pula mengalami
kecederaan parah dan tidak sedarkan diri sewaktu dihantar ke Hospital Melaka,” ujarnya di sini hari ini.

Menurut jurucakap itu lagi, kemalangan itu berlaku sewaktu hujan lebat ketika lori berkenaan datang dari
arah Lebuh AMJ menghala ke Krubong.

Mayat mangsa katanya, telah dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat
manakala nenek mangsa mendapat rawatan di zon merah dan bapa saudaranya mendapat rawatan pesakit luar.

Katanya, siasatan lanjut dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Norshah Salleh berkata, sebuah jentera bomba dengan empat
anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cheng telah dikejarkan ke tempat kejadian selepas menerima
panggilan kecemasan pada pukul 7.55 pagi.

Katanya, sejurus tiba di tempat kejadian mangsa yang meninggal dunia tersepit di tempat duduk belakang
begitu juga dengan neneknya manakala bapa saudaranya berjaya keluar dari kenderaan tersebut.

“Pihak bomba mengambil masa hampir sejam lebih sebelum dapat mengeluarkan kedua-dua mangsa yang tersepit,”
ujarnya.

 

(Visited 338 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button