fbpx
Luar Negara

34 diuji positif coronavirus di AS

AMERIKA Syarikat (AS) telah mencatatkan 34 kes coronavirus yang diuji positif, demikian menurut pengumuman oleh Pusat Pengawalan dan Pencegahan Wabak AS.

Ini termasuk 21 kes individu yang dibawa pulang dan 13 kes asakk di AS.

‘”Kami memantau kes-kes yang terjadi terhadao mereka yang dibawa pulang secara berasingan kerana kami tidak tidak percaya angka itu tepat mewakili apa yang berlaku dalam masyarakat pada ketika ini<” kata Pengarang Pusat Imunisasi dan Repiratori  Kebangsaan, Dr. nancy Messonnier.

Mereka yang dibawa pulang termasuk 18 penumpang kapal persiaran Diomand Princess yang berlabuh di Jepun.

Di samping itu tiga lagi yang dikeluarkan dari China.

Lagi 10 orang penumpang Diomand Princess diuji virus itu di Jepun, dan menurut Messonnier, akan dimasukkan dalam kiraan rasmi sebaik saha keputusan ujian di Jepun disahkan.

Sebanyak 13 kes tempatan termasuk tujuh di California, satu di Massachusetts, satu di Washington, satu di Arizona, dua di Illinois, dan satu di Wisconsin.

Daripada kes ini terdapat dua kes membabitkan jangkitan individu-ke- individu, iaitu satu di  Illinois dan satu lagi di California.

Kes tempatan ke-13 di AS disahkan di Humboldt County, California.

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button