Luar Negara

Kaca arkrilik pemisah Ahli Parlimen bersidang di Jerman

BUKAN kerana canggih sebaliknya untuk mengekang penularan Covid-19 maka buat pertama kalinya sidang Parlimen Daerah di Jerman menggunakan kaca arkrilik sebagai pemisah.

Ahli-ahli Parlimen Daerah yang bersidang dengan menggunakan pendekatan normal baharu itu pastinya merasa selesa dan tidak ragu-ragu dengan tahap kesihatan sesama mereka.

Sejak penularan wabak Covid-19 di negara itu, Parlimen Daerah hanya bersidang dengan menghimpunkan satu per tiga ahli Dewan susulan arahan penjarakan sosial.

Gabenor daerah North Rhine-Westphalia, Armin Laschet, memulakan sesi persidangan semalam berhubung langkah penjanaan semula ekonomi susulan krisis Covid-19 yang melanda seluruh dunia.

Kelmarin, pihak berkuasa mengenakan perintah berkurung di wilayah Jerman Barat selepas ratusan penduduk tempatan berdekatan rumah sembelihan, disahkan positif Covid-19.

Langkah perintah berkurung itu terpaksa dilakukan bagi mengelakkan penularan jangkitan wabak itu dalam komuniti tempatan.

Pihak berkuasa mengenal pasti lebih 1,550 kes positif Covid-19 bagi kluster rumah sembelihan dan pengesanan kontak rapat masih lagi dijalankan. – ASTRO AWANI

(Visited 163 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button