Luar Negara

2,500 disuntik vaksin Covid-19 larutan air garam

SEKURANG-kurangnya 2,500 orang di India menjadi mangsa penipuan vaksin palsu apabila disuntik dengan air garam.

Pihak berkuasa India berkata, sekitar 2,000 orang menjadi mangsa di Mumbai dan setidak-tidaknya 500 orang di Kolkata.

Sepuluh orang yang terlibat dalam kegiatan penipuan itu telah ditangkap di Mumbai termasuk dua doktor yang bertugas di hospital swasta.

“Kira-kira 2,000 individu menerima vaksin palsu Covid-19 yang merupakan larutan garam. Kami turut menemui lapan lagi lokasi sindiket haram itu beroperasi dan wang tunai berjumlah 1.24 juta rupees (RM69,562),” kata Pesuruhjaya Bersama untuk Bahagian Undang-undang dan Tatatertib, Vishwas Patil.

Di Kolkata, pihak polis menangkap seorang individu yang menyamar sebagai petugas awam dan dia dikatakan mempunyai enam pusat vaksinasi.

Pihak berkuasa membongkar vaksin palsu tersebut setelah menerima laporan dari aktres dan ahli politik setempat Mimi Chakraborty yang curiga setelah mendapatkan suntikan vaksin larutan garam tersebut.

Pegawai kesihatan, Debashis Barui berkata, kebanyakan mangsa penipuan itu kini bimbang dengan kesan sampingan vaksin palsu tersebut.-SM

(Visited 212 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button