fbpx
Nasional

Covid-19: Sekolah, IPT seluruh negara diarah tutup sementara

SEBAGAI langkah membendung penularan wabak Coronavirus (Covid-19), kerajaan mengarahkan semua sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT) di seluruh negara ditutup.

Penutupan tersebut meliputi semua sekolah bantuan kerajaan dan swasta di seluruh negara termasuk IPT awam (IPTA) dan IPT swasta (IPTS).

Hal demikian diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Perutusan Khas berkenaan Covid-19 malam ini.

Penutupan berkenaan melibatkan 7,772 sekolah menengah, 2,436 sekolah rendah dan 451 sekolah swasta di seluruh negara.

[BACA] Covid-19: Perutusan khas Perdana Menteri — Suara Merdeka
[BACA] Kerajaan isytihar ‘lockdown’ seluruh negara — Suara Merdeka

Sementara itu, sebanyak 20 IPTA dan 436 IPTS di seluruh negara diarahkan tutup selama 14 hari bermula 18 Mac sehingga 31 Mac 2020.


Selain itu, lebih 20,000 pusat asuhan melibatkan taska dan Pengasuh berdaftar di seluruh negara turut diarahkan tutup.

“Untuk itu, kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (lockdown), mulai 18 Mac 2020 hinnga 31 Mac 2020 di seluruh negara.

“Perintah ini dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.

“Penutupan semua, taska, sekolah kerajaan dan swasta termasuk sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah antarbangsa, pusat tahfiz dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan pra-universiti.

“Penutupan semua IPT awam dan swasta serta institut latihan kemahiran di seluruh negara,” katanya sebentar tadi.

KERAJAAN melaksanakan perintah larangan rakyat Malaysia ke luar negara selama 14 hari bermula 18 Mac ini.
[BACA] COVID-19: Bantuan RM600 sebulan untuk pekerja terpaksa ambil cuti tanpa gaji — Suara Merdeka

Terdahulu, beliau menjelaskan seramai 162,711 orang di seluruh dunia disahkan positif Covid-19 dan daripada jumlah itu seramai 6,443 meninggal dunia.

Tambah Muhyiddin, Malaysia mengalami peningkatan mendadak dalam tempoh terdekat apabila 190 kes baharu dicatatkan semalam dan 125 hari ini.

Justeru, jumlah tersebut menyebabkan peningkatan sehingga 533 orang.

“Daripada jumlah tersebut, seramai 511 orang sedang dirawat di hospital, manakala 42 orang telah pun pulih.

“Kerajaan memandang serius situasi semasa ancaman virus berbahaya ini terutama perkembangan gelombang kedua.

[BACA] Covid-19: KKM bayang perintah berkurung dilaksana — Suara Merdeka
[BACA] Covid-19: 125 kes baharu dicatatkan hari ini — Suara Merdeka

“Keutamaan Kerajaan pada masa ini adalah untuk mencegah penularan baharu wabak ini yang dibimbangi akan menjangkiti lebih ramai rakyat,” jelasnya. – SM

Show More

Mohamad Athir Ismail

Penulis merupakan antara wartawan Utusan Malaysia dan Utusan Online yang terakhir berkhidmat sebelum Utusan Melayu (M) Berhad ditutup.

Related Articles

Back to top button