AgamaNasional

UMMAH seru umat Islam pertahankan kalimah Allah

GERAKAN Pembela Ummah (UMMAH) menyeru semua pihak dan umat Islam bersatu mempertahankan kalimah Allah tanpa mengira ideologi dan perbezaan politik daripada digunakan oleh pihak lain selepas pihak kerajaan menarik balik kes yang melibatkan pertikaian penggunaan kalimah Allah oleh pihak yang bukan beragama Islam.

Pengerusinya, Mohd Zai Mustafa dalam kenyataannya berkata, pihak kerajaan iaitu Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menarik balik kes tersebut pada 18 April lalu.

“Umat Islam tidak boleh lagi berdiam diri dan mengharapkan kerajaan mempertahan kesucian agama Islam apabila kes ini telah ditarik balik oleh pihak kerajaan sendiri.

“Oleh itu, UMMAH menyeru semua pihak termasuk pimpinan NGO dan pemimpin-pemimpin umat Islam mendesak agar bersatu mempertahankan kalimah suci ini,” katanya.

Beliau berkata, UMMAH bersedia bersama-sama seluruh umat Islam pada bila-bila masa mempertahankan kalimah suci ini sehingga turun ke jalanan jika diperlukan. – SM

BACA Pembela Islam bantah kerajaan Madani Tarik balik rayuan kes Kalimah Allah

BACA Kalimah Allah: KDN buat keputusan tak teruskan rayuan

(Visited 156 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button