AgamaNasional

Kalimah Allah: KDN buat keputusan tak teruskan rayuan

MENTERI Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) membuat keputusan untuk tidak meneruskan rayuan terhadap keputusan mahkamah mengenai hak seorang penganut Kristian dari Sarawak menggunakan kalimah “Allah” bagi tujuan pembelajaran agamanya.

Saifuddin berkata, beliau menyerahkan nota memaklumkan pendirian kementerian itu beberapa bulan lalu.

Beliau ditanya sama ada keputusan itu dibuat oleh Jemaah Menteri, begini jawapannya:

“Dalam hal ini, kalau tak silap saya, ia pendirian KDN dan saya perlu maklumkan kepada Jemaah Menteri yang saya lakukan beberapa bulan lalu,” katanya.

Saifuddin tidak mengulas lanjut namun akan memberikan lebih banyak maklumat pada sidang media akan datang.

Untuk rekod, Mahkamah Tinggi pada 2021 memutuskan bahawa Jill Ireland boleh menggunakan kalimah “Allah” dalam pembelajaran agamanya.

Jabatan Peguam Negara (JPN) yang mewakili KDN memaklumkan kepada Mahkamah Rayuan pada 18 April lalu bahawa ia tidak berniat meneruskan rayuan.

Peguam Haniff Khatri Abdulla yang mewakili Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK), Majlis Agama Islam Selangor (MAIS dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) berkata, pihaknya hanya dimaklumkan tentang perkara ini pagi tadi. – SM

BACA Isu kalimah Allah: Jakim tunggu perkenan Majlis Raja-raja untuk tindakan lanjut

BACA Isu kalimah Allah: Pihak benarkan itu telah mensyirikkan Allah – Zainal Abidin

(Visited 284 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button