JenayahNasional

Pengasuh pukul, tepuk kepala bayi direman

MALAM tadi sempat melihat visual seorang wanita memukul, menepuk dengan kuat kepala seorang bayi. Hari ini, si laku iaitu seorang pengasuh di sebuah taska swasta di Mutiara Rini, Skudai yang disyaki mengasari bayi dalam video tular di media sosial, direman empat hari hingga Jumaat ini.

Perintah itu dikeluarkan Majistret R Salini terhadap suspek wanita berusia 21 tahun itu bagi membolehkan siasatan lanjut dibuat terhadapnya mengikut Seksyen 31(1)(A) Akta Kanak-kanak 2001.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, suspek ditahan kira-kira pukul 2 pagi tadi di kawasan Bandar Selesa Jaya, Skudai.

“Hasil siasatan yang dijalankan mendapati kejadian berlaku di sebuah taska yang berada di kawasan Mutiara Rini.

“Mangsa adalah bayi perempuan berusia 11 bulan dan bayi lelaki berusia sembilan bulan,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati taska berkenaan tidak mempunyai lesen yang sah untuk beroperasi.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tentang kejadian agar menghubungi pegawai penyiasat kes di talian 019-8822403 untuk membantu siasatan.

Terdahulu, tular satu video berdurasi seminit lapan saat yang menunjukkan seorang wanita dipercayai pengasuh, memukul bayi sedang menangis dengan menepuk kepalanya.

Dia juga dilihat meniup muka bayi berkenaan hingga mengalami kesukaran bernafas. – SM

(Visited 237 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button