Agama

Pembela Islam bantah kerajaan Madani Tarik balik rayuan kes Kalimah Allah

Pertubuhan pembela Islam menyuarakan bantahan sekeras-kerasnya terhadap tindakan kerajaan Madani di bawah pimpinan Perdana Menteri-10, Datuk ’Seri Anwar Ibrahim, menarik semula rayuan terhadap kes kalimah Allah di mahkamah.

kenyataan dari pembela islam

Setiausaha Agungnya, Mohd Aswanizam Alias, tindakan itu bersifat melampau kerana tidak menghormati Institusi yang lebih tinggi dan boleh mencetuskan keadaan yang tidak baik dalam negara.

“Tindakan Unilateral Kerajaan Madani di bawah Perdana Menteri tanpa merujuk dan berunding dengan pemegang-pemegang taruh utama berkenaan isu melibatkan Islam iaitu Majlis Raja-Raja, Majlis-Majlis Agama Islam Negeri dan pihak-pihak berkepentingan Islam di dalam negara.  Tindakan ini, ialah satu tindakan yang boleh dianggap melampau,

“Pembela mengambil pendirian, tindakan PMX dan Kerajaan Madani ini satu tindakan melampau terbesar dan biadab dalam era pemerintahan yang tidak memperdulikan hak dan kesucian agama Islam sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan serta tidak menjaga kepentingan kepentingan majoriti umat islam di negara ini”. Dalam satu kenyataan.

Selain itu pembela menggesa kesemua Ahli Islam  yang bermaruah di dalam kerajaan pembakang untuk memberi tekanan yang wajar.

Kegagalan untuk Ahli-Ahli Parlimen Islam untuk menggesa Anwar Ibrahim mengarahkan penarikan balik pembatalan rayuan itu, harus dianggap sebagai kegagalan.

Malah tindakan yang seharusnya sepertimana diamanahkan gagal menjalankan tanggungjawab.

“Pembelaan akan menggerakkan bantahan di peringkat NGO dan rakyat. PMX wajib arahkan Peguam Negara untuk menarik balik pembatalan rayuan Kes Kalimah Allah ini” katanya.

 

 

 

(Visited 179 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button