MahkamahNasional

Ibu didakwa lakukan amang seksual terhadap 2 anak lelakinya

SEORANG ibu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Klang hari ini atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua anak lelakinya, masing-masing berusia 12 dan 14 tahun ketika kejadian pada November tahun lepas.

Tertuduh yang berusia 33 tahun didakwa sebagai seorang wanita yang mempunyai hubungan amanah iaitu ibu kandung telah melakukan perbuatan tersebut ke atas dua anaknya di kediaman mereka di sebuah pangsapuri di Puncak Alam pada pukul 8 malam.

Dia didakwa mengikut Seksyen 14(a) dan 14(b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

Ibu kepada lima orang anak itu turut mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan telah mengarahkan pembuatan pornografi kanak-kanak dalam bentuk video di sebuah hotel di Sungai Buloh, antara 17 dan 18 Februari 2022.

Bagi perbuatan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 5 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang jika sabit kesalahan dipenjara sehingga 20 tahun dan tidak kurang daripada enam sebatan.

Sementara itu, seorang penarik kereta, Haddad Mohd Radhi, 22, yang merupakan kenalan tertuduh wanita itu, didakwa dengan sengaja melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 15 tahun ketika kejadian di hotel dan tarikh sama mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Terdahulu, selepas prosiding, wanita itu dilihat tidak dapat menahan kesedihan ketika ibunya di galeri awam datang menghampirinya di kandang tertuduh.

Hakim Syafeera Mohd Said tidak menawarkan sebarang jaminan kepada wanita itu manakala Haddad dibenarkan ikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan pada 1 hari bulan setiap bulan dan dilarang mendekati mangsa.

Mahkamah menetapkan sebutan kes pada 26 Jun untuk tertuduh wanita dan 14 Jun bagi Haddad.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Izzati Mohamad dan Nur Ayuni Jamri manakala Haddad diwakili peguam Mohd Azali Ibrahim dan ibu tersebut tidak diwakili peguam. -BERNAMA – SM

BACA Pasangan ditahan kes amang seksual

BACA PU Azman atau Cik Man didakwa atas lima tuduhan amang seksual

(Visited 145 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button