JenayahNasionalNegeri

Pasangan ditahan kes amang seksual

POLIS telah menahan pasangan suami isteri bagi menyiasat kes amang seksual melibatkan salah seorang penghuni di sebuah rumah kebajikan kendalian mereka di Perlis.

Menurut sumber, pihak mahkamah telahpun mengeluarkan perintah reman bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan ke atas pasangan berusia dalam lingkungan 50-an ini pada minggu lalu.

Tambah sumber lagi, mangsa seorang gadis di bawah umur ini telah membuat laporan polis pada awal bulan ini.

Bagaimanapun kata sumber, sejak bila kejadian ini berlaku belum dapat dipastikan dan lokasi kejadian di rumah kedua suspek ini.

Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad mengesahkan penangkapan kedua-dua suspek ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak Kanak 2017 dan Perlanggaran Syarat-syarat Rumah Perlindungan yang dikawal selia oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Baca jugaBekas tentera dipenjara lima tahun amang seksual anak lelaki

Tinjauan Suara Merdeka di rumah kebajikan berkenaan juga mendapati ia telah dikosongkan.

Dipercayai kesemua penghuninya telah dipindahkan ke tempat lain.

Sementara itu Pengarah JKM Perlis, Ku Chik Ku Mat Esa ketika dihubungi menerusi mesej whatsapp juga tidak memberi sebarang komen mengenai perkara ini. – SM

(Visited 378 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button