Ekonomi

Rai ejen di Janda Baik, Najeehah sasar untung RM30 juta tahun ini

SELEPAS lima tahun di pasaran, jenama syarikat Bumiputera yang mengeluar dan mengedar produk berasaskan kesihatan dan kecantikan, Najeehah terus membantu meningkatkan taraf hidup ejennya.

Berdaftar di bawah syarikat Najeehah International Sdn Bhd, jenama milik Rosliza Yaziz yang berpangkalan di Bandar Satelit Islam Pasir Tumboh, Kota Bharu, Kelantan ini mempunyai sekitar 17,000 pengedar sah.

Tahun lalu saja, jenama berkenaan turut berbangga kerana mampu melahirkan dua orang pengedar hingga bergelar jutawan.

Malah baru-baru ini selama tiga hari dari 13 hingga 15 Mac ini, Najeehah berjaya menganjurkan dua acara gilang gemilang di Villa Nadiah, Janda Baik, Pahang bagi merai dan menghargai pengedar yang bekerja keras menaikkan jenama.

“Sejak tahun 2018, kami berbangga menerusi rangkaian produk dijual, kami mampu wujudkan platform untuk pengedar meningkatkan taraf hidup.

Aktiviti ATV yang turut diselit mengeratkan silaturahim di antara Najeehah dan pengedarnya

“Rata-rata mereka bermula sebagai pengguna dan berstatus suri rumah. Syukur, asbab berniaga produk ini, kehidupan mereka jadi lebih baik.

“Insya-Allah, kongsi rezeki serta misi dan visi itu yang kami mahukan sedari dulu lagi,” katanya.

Kata Rosliza  yang mesra disapa Madam Rosliza, dua acara dianjurkan juga bertujuan mengeratkan ukhuwah.

“Untuk acara pertama dipanggil Inner Circle Najeehah, kita kumpul sekitar 50 orang. Mereka ini antara keyleaders atau pengedar yang berjaya meraih jualan lebih RM100,000 setahun.

“Pelbagai pengisian diadakan dalam usaha menaikkan semangat dan menyuntik motivasi buat mereka untuk terus mencipta jaya.

Inner Circle Najeehah yang pertama kali mengumpulkan keyleaders Najeehah di seluruh Malaysia

“Seterusnya, kemuncak acara ialah ‘Gala Night’ bertemakan Bollywood membabitkan penghargaan untuk 100 orang pengedar rasmi kami yang terus optimis dan tanpa jemu menjana pendapatan,” katanya.

Jenama ini asalnya menjual minyak aromaterapi sahaja pada 2018 dan kemudiannya mencambahkan rangkaian jualan produk lain.

“Terdapat empat kategori produk kami jual iaitu berasaskan minyak seperti Minyak Aromaterapi dan Balsam Aromaterapi daripada ekstrak Bidara serta Saffron.

“Kedua, tiga dalam satu (3 in 1) pula menfokus jualan Kopi Bidara, Susu Kambing Saffon, Coconest oat dan barli, Pes Tomyam, Pes Ayam Madu dan Pes Ayam Bakar.

“Ketiga, penjagaan kulit menerusi sabun wajah, mandian & syampu 2in1Head To Toe dan losyen badan. Terakhir, kosmetik menerusi lipstik atau gincu Shearose,” katanya.

Ditanya mengenai sasaran jualan tahun ini, Madam Rosliza mensasarkan purata jualan lebih RM700,000 sebulan.

“Sasaran Najeehah pada tahun 2023 adalah sebanyak RM30 juta,” katanya.

Madam Rosliza bersama semua perserta Inner Circle Najeehah di Villa Nadiah, Janda Baik baru-baru ini

Mengenai perancangan dan strategi pula, Madam Rosliza mensasarkan penggunaan platform digital dan teknologi sebagai salah satu usaha meningkatkan lagi nama Najeehah di khalayak umum.

Malah Madam Rosliza berkobar-kobar memasang impian untuk  terus melahirkan lebih ramai usahawan yang berkualiti di masa akan datang.

“Harapan saya untuk melahirkan usahawan yang berkualiti dan berintegriti serta membuka peluang pekerjaan dan peningkatan kerjaya untuk individu yang mahu merubah masa hadapan.

“Kami akan merancakkan pemasaran seperti mengadakan promosi dan hebahan secara langsung di media sosial. Menyertai karnival jualan secara meluas membabitkan ibu pejabat dan semua pengedar sah.

“Tak lupa, penjualan secara offline di farmasi, kedai dan premis berkaitan juga akan terus diperkasakan dari masa ke semasa. Alhamdulillah, kami juga berjaya melantik pelakon Puteri Sarah Liyana sebagai duta Najeehah,” katanya.

Produk Najeehah telah mendapat pengiktirafan dari National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA) bagi kategori Produk Minyak Aromaterapi, Balsam Aromaterapi, Kosmetik dan serta Penjagaan Kulit Wajah.

Minyak telon Najeehah juga berjaya memperolehi pengiktirafan MAL dan berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Selain itu, produk minuman seperti Kopi Bidara dan Susu Kambing Saffron pula telah menerima Anugerah Pensijilan Halal serta pengiktirafan dari ‘The BrandLaureate World Halal BestBrands’.

Minyak Aromaterapi Saffron dan Bidara telah mendapat pensijilan halal dari JAKIM.

Tak ketinggalan, Nona Superwoman Award dalam kategori Best Mom’s Choice Award dan Top 500 Consumer Certification Trusty Brand Award. – SM

Artikel berkaitan > Bank Rakyat komited pacu transformasi perbankan digital, anjur Minggu Teknologi 2023

(Visited 124 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button