Mahkamahpilihan

Bekas tentera dipenjara lima tahun amang seksual anak lelaki

Perbuatan keji seorang bekas tentera melakukan amang seksual terhadap anak lelakinya berusia enam tahun berbalas apabila dihukum penjara lima tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini hari ini.

Hukuman tersebut diputuskan Hakim Darmafikri Abu Adam selepas tertuduh yang berusia 52 tahun selepas membuat pengakuan bersalah.

Tertuduh didakwa dengan sengaja melakukan amang seksual fizikal terhadap anak lelakinya dengan cara menyentuh alat sulit bagi maksud seksual di sebuah rumah di daerah Melaka Tengah pada 5 dan 6 Februari lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTK) 2017 yang memperuntukan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Mengikut fakta kes, kejadian disedari bekas isterinya berusia 37 tahun selepas mangsa mengadu kemaluannya berasa sakit.

Mangsa kemudian memaklumkan bapanya melakukan sesuatu sebelum membuat laporan di Balai Polis Melaka Tengah di sini pada 11 Januari lalu.

Terdahulu, tertuduh yang diwakili Peguam Muhamad Syah Azlan Abdullah merayu hukuman rendah dengan alasan perlu menanggung dua daripada lima anak yang masih bersekolah.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Aliff Asraf Anuar Sharuddin memohon hukuman setimpal dengan mengambil kira faktor kepentingan awam.

Selepas mendengar rayuan kedua belah pihak, Darmafikri menjatuhi hukuman penjara lima tahun bermula tarikh ditangkap 11 Februari lalu dan dua sebatan. – SM

(Visited 279 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button