Nasional

Lelaki pecah tabung sumbangan surau di Putrajaya

SEORANG lelaki memecah tabung sumbangan Surau Apartment Pudina Presint 17 di Putrajaya awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Rosly Hassan berkata polis menerima laporan kejadian itu kira-kira 9.48 pagi tadi daripada seorang ahli jawatankuasa keselamatan surau itu mengenai dua tabung sumbangan yang diletakkan di luar surau telah dipecahkan

Beliau berkata kamera litar tertutup (CCTV) apartment itu merakam kelibat seorang lelaki sedang memecahkan tabung surau itu pada 5 pagi.

“Rakaman CCTV itu akan di hantar ke forensik untuk di analisa,” katanya.

Beliau berkata kes sedang disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan. – BERNAMA

(Visited 105 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button