Nasional

Geng 08 dan Geng 36 gaduh berebut kawasan jual dadah, 10 individu ditahan

BEREBUT kawasan menjual dadah menjadi motif pergaduhan yang tular di laman sosial melibatkan dua geng kongsi gelap iaitu Geng 08 dan Geng 36.

Rakaman pergaduhan itu tular di laman sosial dengan kedua-dua kumpulan bergaduh dengan menggunakan parang dan merempuh kereta.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian yang berlaku di Taman Juara Jaya, Batu 9, Cheras itu kira-kira pukul 6.37 petang.

 

“Terdapat dua mangsa yang cedera parah dalam kejadian pergaduhan itu dan kini berada dalam keadaan stabil selepas dirawat.

“Tiga buah kereta juga ditinggalkan di lokasi kejadian dan mengalami kesan langgar antara satu sama lain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Fadzil, susulan itu, Operasi Cantas telah dilakukan dan sehingga pagi tadi, sebanyak 10 individu telah ditahan.

Ujarnya, motif kejadian adalah melibatkan perebutan kawasan penjualan dadah di antara Geng 08 SungaI Besi Indah, Serdang dan Geng 36 Bukit Belimbing, Kajang.

“Kita juga telah mengenalpasti beberapa lagi individu yang boleh boleh membantu siasatan,” katanya.

Tambahnya, mereka yang mempunyai maklumat berkaitan kes tersebut boleh berhubung dengan mana-mana bali berdekatan atau menghubungi pegawai penyiasat kes, Asisten Superintenden Mohd. Radzee Jamudi di talian 019-6655811. -SM

(Visited 3,994 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button