Nasional

1863 orang telah ditahan terlibat aktiviti pelacuran di ibu negara

SEBANYAK 1863 orang telah ditahan dalam Op Noda bagi membanteras kegiatan pelacuran sejak 1 Januari tahun ini hingga 19 Julai lalu.

Daripada jumlah tersebut, 588 orang ialah warga tempatan dengan 38 daripada mereka berusia di bawah 16 tahun manakala selebihnya berusia lingkungan 16 hingga 60 tahun.

Warganegara asing yang paling ramai ditahan melibatkan aktiviti pelacuran ialah Thailand iaitu sebanyak 330 orang dengan 311 daripada mereka ialah wanita.

Tangkapan kedua terbanyak melihatkan warga Vietnam iaitu sebanyak 302 orang, Indonesia (193), Bangladesh (127) dan China (91).

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, kesemua tangkapan itu dibuat menerusi 581 serbuan dan 1482 pemeriksaan premis yang telah dijalankan sebelum ini.

BACA> Baru nak popular, dah pukul isteri pula

“Bagi Op Dadu (judi online), kita telah menjalankan sebanyak 4748 pemeriksaan premis dan mencatatkan sebanyak 92 serbuan
yang berjaya.

Dalam operasi-operasi tersebut, seramai 369 orang telah ditangkap,” katanya dalam satu kenyataaan hari ini.

Jelasnya, Op Dadu (lain-lain perjudian) pula mencatatkan sebanyak 262 pemeriksaan premis dan 284 serbuan telah dijalankan dengan jumlah tangkapan seramai 411 orang.

Operasi di bawah Op Dadu yang dijalankan IPK Kuala Lumpur. Gambar ihsan IPK KL

“Bagi Op Dadu (call centre) pula sebanyak 7 pemeriksaan premis dan 51 serbuan telah dijalankan dengan jumlah tangkapan seramai 384 orang.

“Secara keseluruhan, setakat ini seramai 74 orang telah dikenakan tindakan di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) dengan pecahan seramai 2 orang tangkapan bagi Op Noda dan 72 orang tangkapan bagi Op Dadu,” ujarnya.

BACA> Memandu dibawah pengaruh alkohol: Pemandu Australia didenda RM5,000

Selain itu, Mazlan memberitahu, sebanyak 99 buah pusat hiburan telah dikenakan tindakan saman kerana tidak mempunyai lesen dan melanggar syarat pusat hiburan di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hiburan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1992.

Kesemua pusat hiburan yang disaman itu terletak di Brickfields (27), Sentul (24),
Cheras (19), Wangsa Maju (17) dan Dang Wangi (12).

Tambahnya, orang ramai diminta untuk memberikan kerjsama dalam membanteras kegiatan perjudian haram dan pelacuran dengan cara menyalurkan maklumat ke Bilik Gerakan Khas 24 Jam di talian 03-21460670 atau hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999.-SM

(Visited 638 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button