Nasional

Dr. M dikuarantin selepas bertemu MP Bandar Kuching

PERDANA Menteri ke-7, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengambil langkah ‘self-quarantine’ (kuarantin sukarela) selepas bertemu dengan pesakit positif Coronavirus (Covid-19).

Ahli Parlimen Pulau Langkawi itu dikatakan bergambar dengan Dr. Kelvin Yii Lee Wuen yang kini ditahan di Hospital Umum Sarawak.

Bagaimanapun, tiada maklumat sama ada beliau sudah menjalani saringan sebelum memutuskan untuk kuarantin secara sukarela di rumahnya.

Lapor The Star, Kelvin Yii pada 17 Mac lalu menerusi Facebooknya memaklumkan keputusan ujiannya adalah positif.

KELVIN YII

Beliau dikatakan mendapat jangkitan selepas bertemu dengan Ahli Parlimen Sarikei, Andrew Wong Ling Biu yang dilaporkan positif Covid-19 pada 2 Mac lalu.

Dalam satu temubual eksklusif bersama Buletin Utama TV3, Dr. Mahathir berkongsi rutinnya ketika menjalani kuarantin sukarela di rumah.

[BACA] Covid-19: 15 sembuh, 110 kes baharu hari ini — Suara Merdeka
[BACA] Covid-19: China tunai janji hantar bantuan kepada Malaysia — Suara Merdeka

“Penting untuk saya menjalani kuarantin sukarela dan berdisiplin. Saya akan turutinya.

“Saya duduk di rumah sahaja. Tidak boleh keluar dan bertemu orang. Tidak boleh bersalam dengan orang lain. Alhamdulillah, tak susah pun,” katanya.

Terdahulu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba memaklumkan sebanyak 110 kes baharu jangkitan Covid-19 dilaporkan hari ini.

Daripada jumlah tersebut, seramai 63 orang merupakan kluster yang berkaitan dengan jemaah tabligh.

[BACA] Covid-19: Jangan menipu, kalau kami dijangkiti siapa akan rawat anda? — Suara Merdeka

Dalam pada itu, 15 pesakit yang menjalani kuarantin di hospital sebelum ini dibenarkan pulang selepas sembuh daripada jangkitan wabak pandemik berkenaan. – SM

(Visited 553 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button