EkonomiNasional

Moratorium pusingan kedua akan dilaksana

Pelaksanaan pertama PKP bukti institusi kewangan tetap catat keuntungan

PEMBERIAN moratorium kali kedua kepada golongan sasar membabitkan pengusaha Perusahan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS) tidak sepatutnya dilengah-lengahkan.

Kelewatan berbuat demikian akan menyebabkan golongan PMKS berhadapan dengan kekurangan aliran tunai untuk  dijadikan modal pusingan.

Liza Abdullah Yusuf [email protected] melaporkan, kelewatan itu juga membantukan pengembangan perniagaan yang sekali gus menjejaskan proses pemulihan ekonomi secara menyeluruh.

Saranan moratorium pusingan kedua sudah pun dikemukakan dalam mesyuarat Majlis Pemulihan Negara (MPN) yang dipengerusikan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Saranan kepada kerajaan itu adalah untuk tindakan segera. Ini memandangkan PMKS perlu dibantu kerana mereka turut menyumbang pendapatan yang stabil dengan perolehan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 37.4 peratus.


Kata Muhyiddin, pelaksanaan moratorium pada awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mana pada ketika itu, beliau merupakan Perdana Menteri.

PKP yang bermula pada 18 Mac hingga Oktober 2020 ternyata berjaya dalam menangani kemelut ekonomi dalam keadaan negara berhadapan dengan musibah luar biasa, pandemik Covid-19.

“Kini PMKS memerlukan satu lagi pusingan moratorium bagi membolehkan mereka bangkit meneruskan perniagaan dalam pasca Covid-19,” katanya.

Beliau berkata, pelaksanaan moratorium pasca Covid-19 ini tidak menyebabkan institusi perbankan mengalami kerugian.

“Malahan prestasi kewangan mereka tetap mencatatkan keuntungan,” kata Muhyiddin pada sidang media Program Sembang Santai Bersama Masyarakat Tionghua Bukit Kepong di Pagoh, Johor, baru-baru ini.

Beliau berkata, Bank Negara menerusi Kementerian Kewangan (MOF)  boleh mengarahkan institusi perbankan menawarkan moratorium berkenaan untuk survival peniaga-peniaga PMKS.

Tambah beliau, sekiranya rakyat masih memberi kepercayaan kepadanya untuk menerajui negara selepas PRU15 pada 19 November ini, perkara pertama yang akan diberi perhatian ialah meneruskan usaha menjaga kebajikan rakyat selain melaksanakan moratorium secara bersasar kepada golongan PMKS secepat mungkin.

Moratorium bersasar ini, kata Muhyiddin yang juga Presiden parti Bersatu, memberi peluang  kepada usahawan atau golongan peniaga PMKS menangguhkan buat sementara, bayaran balik pinjaman dan dalam masa yang sama, dapat menguruskan aliran tunai secara berhemah untuk mengembangkan perniagaan masing-masing.

“Aliran tunai yang selesa juga dapat dimanfaatkan dengan menstruktur semula perniagaan dan sekali gus merancakkan ekonomi negara,” katanya.

Untuk rekod, Jabatan Perangkaan dalam laporannya menyatakan pertumbuhan KDNK PMKS sangat perlahan dengan kenaikan satu peratus.

Kenaikan ini sangat membimbangkan iaitu lebih rendah berbanding KDNK negara yang tumbuh pada 3.1 peratus.

Senario ini menyukarkan negara untuk mencapai sasaran Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) dengan unjuran pada kadar 45 peratus KDNK daripada sektor PMKS menjelang 2025.

Terdahulu Presiden Persatuan IKS Malaysia, Datuk Micheal Kang menyarankan satu mekanisma Polisi Laluan Hijau (PLH)  diberikan kepada pengusaha PMKS.

Rasionalnya saranan tersebut ialah bagi membolehkan mereka lebih berdaya saing dalam menyokong proses pemulihan ekonomi negara pada pasca pandemik.

Suruhanjaya Syarikat dan Perniagaan Malaysia pula melaporkan sehingga 31 Disember tahun lepas, mencatatkan sejumlah 1,429,397 syarikat dan perniagaan berdaftar.

Daripada jumlah itu, lebih 90 peratus adalah mereka yang berdaftar di bawah PMKS dan memerlukan bantuan yang boleh digerakkan menerusi PLH.

Peniaga-peniaga PMKS mengharapkan suntikan modal untuk pelaburan memandangkan banyak urusan perniagaan kini dilaksanakan menerusi program pendigitalan demi terus bertahan dalam pasaran. – SM

(Visited 80 times, 2 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button