Luar Negara

137 maut pada hari pertama serangan- Presiden Ukraine

PRESIDEN Ukraine, Volodymyr Zelensky berkata, seramai 137 rakyatnya terkorban dan 316 lagi cedera pada hari pertama pertempuran dengan Rusia.

Menurut beliau, jumlah kematian tersebut termasuk bilangan tentera dan orang awam.

”Mereka membunuh orang dan menjadikan bandar aman sebagai sasaran tentera. Ia ‘kotor’ dan tidak akan pernah dimaafkan,” kata Zelenskyy yang merujuk kepada tentera Rusia, lapor Al-Jazeera.

Pada Khamis dilaporakan beberapa siri letupan besar dan tembakan berlaku berhampiran wilayah Kharkiv, Ukraine selepas Presiden Rusia, Vladimir Putin mengisytiharkan perang di antara dua negara itu bermula.

Rusia melancarkan perang berskala penuh terhadap Ukraine dengan menyasarkan bandar-bandar utama dan pangkalan tentera sekaligus menyebabkan kemusnahan yang teruk.

Sementara itu, Agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memaklumkan kira-kira 100,000 rakyat Ukraine telah meninggalkan negara mereka. -SM

(Visited 282 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button