fbpx
Nasional

30 hari di Malaysia dibenar masuk Sarawak tanpa kuarantin

WARGA asing yang telah berada di Malaysia sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut dibenarkan masuk ke Sarawak tanpa perlu menjalani kuarantin, kata Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Bercakap di sidang media harian Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) di bangunan lama Dewan Undangan Negeri, di sini.

Beliau yang juga pengerusi jawatankuasa itu bagaimanapun berkata mereka (warga asing) masih perlu memohon kebenaran JPBNS secara dalam talian di http://sdmc.sarawak.gov.my.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata penganjur majlis di rumah-rumah panjang dan kampung-kampung masih perlu mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh jawatankuasa itu walaupun penganjuran majlis sosial telah dibenarkan.

“Antaranya ialah jumlah maksimum 250 orang atau kurang mengikut saiz ruang dan penjarakan sosial,” katanya.


Sarawak tidak mencatatkan sebarang kes positif COVID-19 hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes positif kekal 571 kes. – BERNAMA

Show More

Related Articles

Back to top button