NasionalUncategorized

Kluster baharu Covid-19 dikesan di Kuala Lumpur

Satu lagi kluster baharu dikenali sebagai Kluster Maju dikesan  berpunca daripada dua pekerja sebuah restoran di Titiwangsa di sini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kedua-dua mereka yang merupakan kes pertama kluster itu (kes ke-9176 dan kes ke-9177) telah dikesan hasil saringan rawak ke atas pekerja restoran dan kedai makan yang dijalankan di sekitar bandar raya Kuala Lumpur.

“Susulan itu, saringan kontak rapat dijalankan dan kes baharu kluster ini yang merupakan pelanggan restoran itu telah dikesan. Beliau mengalami gejala sakit tekak dan sakit kepala sejak 17 Ogos dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh,” katanya dalam satu kenyataan akhbar perkembangan COVID-19 hari ini.

Menurut Dr. Noor Hisham, sebanyak 672 orang telah disaring, termasuk 16 pekerja dan 656 orang pelanggan sehingga hari ini.

BACA> Dadah: Enam individu termasuk 4 wanita Thailand ditahan

“Daripada jumlah itu, tiga kes dikesan positif COVID-19 dan 669 individu negatif,” katanya.

Beliau berkata aktiviti pengesanan kes secara aktif dan saringan kontak rapat sedang diteruskan.

Langkah pencegahan dan kawalan jangkitan seperti proses nyah kuman dan nyah cemar juga telah dijalankan di kedai makan terlibat.

Mengenai status terkini kluster Tawar di Kedah, Dr Noor Hisham berkata terdapat tiga kes baharu dilaporkan hari ini dengan menjadikan jumlah kes dikesan positif COVID-19 kluster ini sebanyak 58 kes.

BACA> Masa depan Amanah dilihat amat cerah – Khalid

“Sehingga 12 tengah hari ini, seramai 2,733 orang telah disaring dalam kluster ini,” katanya. -SM

(Visited 96 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button