Politik

Masa depan Amanah dilihat amat cerah – Khalid

MASA hadapan parti Amanah disifatkan sangat cerah dan bertentangan dengan dakwaan enam Ahli Parlimennya keluar menyertai parti lain.

Justeru, hal demikian menandakan serpihan Pas itu sebagai parti yang utuh dan kukuh walaupun hanya seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang keluar.

Namun, itu dikatakan tidak menjejaskan langsung kedudukan Amanah.

Malah, Amanah juga dikatakan terus kekal berprinsip dengan perjuangannya tanpa ada sebarang perubahan.

“Masa depan Amanah dilihat amat cerah.

BACA > Bubar DUN: Musa Aman, 32 Adun kemuka rayuan – Suara Merdeka

“Fitnah yang ditimbulkan oleh golongan desperado!

“Cemburu terhadap keutuhan Amanah, dengan hanya seorang ADUN sahaja yang melompat, Amanah terbukti padu dan kukuh.

“Visi perjuangannya jelas, tanpa adanya klu-klek atau berubah-ubahnya hukum.”

Demikian ciap Pengarah Komunikasi Strategiknya, Khalid Abdul Samad dalam Twitternya hari ini.

Beliau mengulas dakwaan baru-baru ini terdapat enam Ahli Parlimennya dipercayai akan keluar bagi menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Bagaimanapun, dakwaan tersebut dinafikan Setiausaha Agung parti itu, Datuk Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli.

BACA > Tulisan Jawi: ‘Maszlee dahulu diarah letak jawatan’ – Suara Merdeka

Tidak terkecuali, Presidennya, Mohamad Sabu dikatakan akan kembali semula kepada Pas seperti dilaporkan Suara Merdeka kelmarin.

Terdahulu, sidang akhbar Pas yang berlangsung kelmarin (19 Ogos) dikatakan kosong.

Walaupun disiarkan secara langsung selama hampir sejam dalam Facebook, namun tiada kelibat sosok pemimpin Pas muncul.

Sidang akhbar itu diadakan selepas Pas mendakwa terdapat beberapa tokoh daripada Amanah termasuk aktivis parti itu akan menyertainya.

Siaran langsung tersebut juga sepatutnya memaparkan simbolik pemberian borang ahli Pas kepada tokoh Amanah berkenaan.

Sinar Harian sebelum ini juga melaporkan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi memaklumkan seorang pemimpin Amanah dari Selangor dijangka kembali menyertai Pas.

BACA > Najib imbas perpecahan Melayu kerana Tun M – Suara Merdeka

Namun identiti pemimpin berkenaan tidak didedahkan. – SM

(Visited 137 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button