fbpx
Nasional

Dadah: Enam individu termasuk 4 wanita Thailand ditahan

Enam individu termasuk empat wanita warga Thailand ditahan dalam tiga serbuan berasingan sekitar Kuala Lumpur kerana disyaki terlibat aktiviti pengedaran dadah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Adnan Azizon berkata, kesemua serbuan dijalankan pada 18 Ogos lalu.

“Serbuan pertama pada pukul 3.30 petang telah menahan lelaki berusia 24 tahun di sebuah rumah di Sentul Impian dan menemukan 200 biji pil disyaki dadah jenis pil erimin 5.

“Soal siasat suspek pertama membawa kepada serbuan kedua pada pukul 5.10 petang dan menahan seorang lelaki berusia 45 tahun di Jalan Hang Tuan 2, Taman Salak Selatan, Kuala Lumpur,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

BACA> Tokan dadah cuba rempuh polis ditahan

Menurut Adnan, turut ditemukan bersama suspek kedua ialah 2,000 biji pil disyaki dadah jenis erimin 5 dan wang tunai berjumlah RM3,040.


Jelasnya, serbuan ketiga dilakukan 25 minit selepas itu di sebuah unit residence di kawasan sama dan menahan empat wanita warga Thailand yang berusia lingkungan 32 hingga 38 tahun.

“Turut ditemukan bersama mereka ialah dadah jenis methamphetamine (1.03kg), ketamin (2.06 kg) dan pil ekstasi (1,000 biji),” ujarnya.

Adnan berkata, ujian saringan awal air kencing semua suspek mendapati mereka positif dadah jenis menthamphetamine.

Katanya lagi, soal siasat terhadap semua suspek mendapati mereka aktif dalam kegiatan pengedaran dadah di sekitar Lembah Klang.

BACA> Cuak kena kejar polis, rempuh beberapa kenderaan

“Keseluruhan nilai rampasan dadah berjumlah RM213,000 dan wang tunai pula berjumlah RM3,040,” katanya.

Tambahnya, kesemua suspek ditahan reman selama enam hari bermla 19 Ogos lalu dan kes disiasat  di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan. -SM

(Visited 2 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button