Nasional

Cuak kena kejar polis, rempuh beberapa kenderaan

SEORANG suspek yang membawa dadah dalam keretanya merempuh beberapa kenderaan selepas dikejar polis di Emipre Damansara, Petaling Jaya, semalam.

Difahamkan, suspek yang memandu kereta mewah jenis Mercedes bersama seorang penumpang ditahan kira-kira pukul 1 petang kerana dilihat berada dalam keadaan yang mencurigakan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, suspek telah memecut keretanya ketika proses pemeriksaan hendak dijalankan.

BACA> Tokan dadah cuba rempuh polis ditahan

“Susulan tindakan suspek itu telah melanggar beberapa buah kenderaan lain yang berada di tepi jalan dan terus menghala ke Apartment Flora, Damansara sebelum ditahan.

“Kedua-dua suspek merupakan warganegara tempatan berusia 25 dan 33 tahun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Nik Ezanee, hasil pemeriksaan menemukan satu tiub penyedut minuman yang mengandungi bahan kristal disyaki dadah jenis syabu seberat 0.52 gram.

Jelasnya, turut ditemukan ialah sebuah patung yang berisi empat plastik lutsinar disyaki dadah jenis syabu seberat 15.19 gram.

Antara dadah yang ditemukan di dalam kenderaan suspek. – Gambar ihsan IPD Petaling Jaya.

“Kedua-dua suspek ditahan reman selama tujuh hari dan disiasat di bawah Seksyen 39A(1) dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952,” jelasnya.

Tambahnya, siasatan lanjut sedang dijalankan untuk melihat penglibatan mereka dalam kes pengedaran dadah di kawasan Petaling Jaya. -SM

(Visited 228 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button