fbpx
Nasional

Daftar pemilih SPR: 80,766 permohonan baru; 18,989 pertukaran bahagian

DALAM tempoh tiga bulan iaitu dari 1 Januari hingga 31 Mac lalu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima 80,766 permohonan pendaftaran pemilihan baru daripada warganegara yang layak.

Dalam tempoh tersebut SPR turut menerima 18,989 permohonan pertukaran bahagian pilihan raya daripada pemilih berdaftar.

Pengerusi SPR Datuk Azhar Azizan Harun berkata, SPR akan melaksanakan urusan pameran Rang Daftar Pemilih Tambahan selama 14 hari mulai esok hingga 23 Jun di 915 tempat pameran di seluruh negara.

Pemohon boleh membuat semakan melalui beberapa cara iaiu dengan hadir sendiri ke tempat pameran dan mengimbas kod QR bagi Bahagian Pilihan Raya Parlimen yang diletakkan.

Pemohon juga boleh melayari portal rasmi Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri atau hadir sendiri ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan dan menyemak buku RDPT ST1/2020 yang disediakan.


Semua pemohon dinasihatkan menyemak nama mereka dalam RDPT ST1/2020 dan sekiranya nama mereka tidak disenarikan mereka boleh membuat tuntutan melalui Borang B.

“Bagi pemilih-pemilih berdaftar di satu-satu bahagian pilihan raya yang hendak membuat bantahan ke atas kemasukan nama mana-mana orang di dalam RDPT ST1/2020 dalam satu-satu bahagian pilihan raya boleh berbat demikian dengan mengisi Borang C.

“Borang boleh dimuat turun dari portal Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri dan hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar Pemilih bagi kawasan pendaftaran yang berkenaan pada waktu pebajat,” kata Azhar Azizan.-SM

(Visited 1 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button