fbpx
Nasional

Elemen antirasuah diajar di Tingkatan 5 tahun depan

MULAI tahun depan pelajar tingkatan lima akan diajar dengan elemen antirasuah melalui mata pelajaran bahasa Melayu.

Ini bertujuan mendidik dan menanam ilmu pencegahan rasuah di peringkat awal persekolahan bagi membanteras gejala berkenaan.

“Pihak saya sedang memberikan tumpuan kepada pendidikan berkesan akan pencegahan rasuah di peringkat persekolahan dan universiti.

“Sebelum ini, subjek pendidikan sivik dan moral bagi sekolah rendah dan menengah telah diperkenalkan termasuklah pendidikan sivik untuk prasekolah yang berkaitan dengan nilai-nilai murni,” kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Azam Baki.

Beliau berkata demikian dalam temu bual bersama radio Melakafm,


Beliau juga memberitahu tiga buah pusat pengajian tinggi iaitu Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) bersetuju mengadakan subjek elektif integriti dan rasuah selaras dengan inisiatif Pelan Antirasuah Nasional (NCAP).

 

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button