Nasional

Kerajaan Keluarga Malaysia salur RM80 bilion subsidi terbesar dalam sejarah

PELBAGAI usaha menyeluruh dilaksanakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri menerusi konsep Keluarga Malaysia dari segi ekonomi bagi memaju serta membangunkan sebuah Negara.

Bagi mengurangkan beban kos sara hidup rakyat, kerajaan telah menyalurkan subsidi sebanyak RM80 bilion iaitu yang terbesar dalam sejarah negara.

Daripada jumlah itu, kerajaan telah memberi subsidi untuk petrol, diesel, LPG, minyak masak, tepung dan elektrik sebanyak RM 51 billion pada tahun ini.

Selain itu, bantuan tambahan RM 630 juta telah ditambah ke dalam BKM Fasa 2 menjadikan jumlah bantuan keseluruhan fasa itu adalah sebanyak RM 1.74 billion.

BKM merupakan inisiatif bantuan tunai langsung tertinggi dalam sejarah. Kerajaan Keluarga Malaysia telah memperuntukkan RM11.7 bilion untuk bantuan kebajikan masyarakat termasuk Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).


Menurut Ismail Sabri, usaha membantu rakyat dilakukan berterusan apabila kerajaan memberi RM58 bilion subsidi elektrik untuk separuh tahun kedua bagi memastikan tiada kenaikan tarif elektrik mulai 1 Jun 2022.

Pelbagai inisiatif turut diberikan kepada isi rumah termasuk subsidi bagi minyak masak. Sebanyak RM4 bilion subsidi telah diperuntukkan kerajaan bagi membantu mengurangkan beban isi rumah.

Kerajaan Keluarga Malaysia yang dibawa oleh pimpinan Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri mengutuhkan perpaduan kaum, dengan mengutamakan kebajikan rakyat dengan menyediakan bantuan kepada seluruh Keluarga Malaysia tidak kira melayu, cina , india atau lain-lain. -SM

 

 

(Visited 31 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button