BeritaNasional

Allah akhbar…apa nak jadi ni! titah Raja Permaisuri Agong

Raja Permaisuri Agong Tuanku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah terkejut dengan penganjuran program festival tatu yang melibatkan model separuh.
Tuanku baginda melalui twitter baginda melahirkan rasa terkejut dengan mesejnya berbunyi Allah akhbar…apa nak jadi ni!
Ada pihak yang menggunakan akaun twitter Syaf cuba memberi penjelasan kepada tuanku, bahawa acara itu adalah tertutup dan tiada kanak-kanak dibenarkan serta kebanyakan peserta bukan beragama Islam.
Program tersebut jelas Syaf mendapat kerjasama Kementerian Pelancongan dan banyak disertai oleh peminat dari Sabah, Sarawak dan antarabangsa.
Syaf juga menjelaskan acara itu ini merupakan expo seni berkenaan tatu dan gambar yang diedarkan tanpa penjelasan berkaitan tentangnya.
Hafizz pula memohon agar Tuanku Yang di-Pertuan Agong supaya masuk campur dalam hal berkenaan supaya kedaulatan Malaysia sebagai negara Islam terpelihara.
Ciapan Raja Permaisuri Agong telah diciap kembali oleh lebih 10,000 pengikut baginda di Twitter.
(Visited 35 times, 1 visits today)

Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button