Hiburan

Syafiq Farhain positif Covid-19

Penyanyi Syafiq Farhain mengesahkan dirinya positif jangkitan Covid-19 selepas berasa dirinya mempunyai simptom penyakit tersebut.

Menurut Syafiq atau nama sebenarnya Nursyafiq Farhain AM Salim, dia menjalani ujian saringan Covid-19 selepas merasa tidak sihat.

“Semalam pergi ujian calitan sebab rasa tak sedap badan dan keputusannya positif.

“Kalau ada sesiapa mempunyai kontak rapat dengan saya lebih baik pergi buat ujian. Maafkan saya kerana menyusahkan,” katanya yang juga merupakan seorang pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Penyanyi yang popular menerusi lagu Sayang Maafkan Aku itu bagaimanapun tidak menyatakan punca dia dijangkiti virus berkenaan.

Sebelum ini, beberapa selebriti lain turut dijangkiti Covid-19 antaranya Alif Satar, Ashraf Muslim, Emma Maembong dan terbaharu ialah pelakon veteran, Noryati Taib atau lebih dikenali sebagai mak cik petir.

Noryati Taib bagaimanapun telah disahkan bebas Covid-19 selepas dua minggu menjalani rawatan di hospital. -SM

(Visited 564 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button