Nasional

Tanah runtuh di Guar Chempedak, 11 terperangkap

ANGGOTA bomba menyelamatkan 11 individu yang tersepit berikutan kejadian tanah runtuh di Kampung Tok Kau di sini semalam.

Dalam kejadian jam 8 malam itu, enam tanah runtuh menghalang laluan menuju ke 15 rumah di kampung itu berikutan hujan lebat berterusan pada sebelah petang.

ADUN Gurun Baddrol Bakhtiar berkata, aktiviti pembersihan di kawasan terjejas tanah runtuh akan dijalankan lewat hari ini.

“Alhamdulillah, tiada kemalangan jiwa dilaporkan, namun laluan keluar utama mangsa masih terhalang oleh tanah.

“Disebabkan kebimbangan keselamatan, perbincangan dengan pihak bomba dan penyelamat membuat kesimpulan bahawa tiada operasi pembersihan boleh dijalankan pada malam kejadian.

“Insya Allah, kerja-kerja pembersihan dijadual dimulakan pagi esok (hari ini),” katanya dalam catatan Facebook semalam.

Sementara itu, Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Guar Chempedak, Awa Suziana Abd Wahid berkata, sepasukan penyelamat telah dihantar selepas menerima panggilan kecemasan pada 8.20 malam semalam.

“Kami menerima laporan mengenai pokok tumbang, namun sebaik tiba di lokasi kejadian, kami mendapati 11 orang terperangkap selepas laluan mereka tersekat,” katanya ketika dihubungi.

Beliau mengesahkan bahawa kesemua 11 mangsa yang terperangkap tidak mengalami sebarang kecederaan dan tiada kerosakan berlaku kepada kesemua 15 rumah yang terjejas. -SM

Baca : Jemaah Menteri menyeru umat Islam membaca Selawat

(Visited 25,455 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button