Nasional

Semua negeri catat lebih 50% penduduk telah terima vaksin

SEMUA negeri kini telah mencatat 50 peratus penduduk dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Data Jawatkuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV) menunjukan 77.4 peratus atau 18.121 juta orang dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Tertinggi Lembah Kelang yang meliputi Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya (107.7 peratus), diikuti Labuan (99.7 peratus), Sarawak (89.7 peratus), Negeri Sembilan (88.6 peratus), Pulau Pinang (76.8 peratus), Perlis (76.5 peratus) dan Melaka (74.6 peratus).

Terangganu (69.7 peratus), Johor (67.1 peratus), Pahang (59.4 peratus), Kedah (59.3 peratus), Perak (58.1 peratus), Kelantan (53.3 peratus) dan Sabah (51.7 peratus).

 

Sementara itu 54.3 peratus atau 12.718 juta orang dewasa telah lengkap menerima kedua-dua dos.

Labuan mendahului iaitu 90.6 peratus, Sarawak (84.1 peratus), Lembah Kelang (81.3 peratus), Negeri Sembilan (70.6 peratus) dan Perlis (60.5 peratus). Lain-lain negeri masih di bawah 50 peratus.

Semalam 469,690 dos vaksin diberikan kepada rakyat meliputi 159,792 dos pertama dan 309,898 dos kedua.-SM

(Visited 135 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button