Nasional

Rasuah RM100,000, Penolong Pengurus GLC ditahan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang penolong pengurus syarikat berkaitan kerajaan (GLC) kerana disyaki menerima wang rasuah sebanyak RM100,000.

Menurut sumber, suspek lelaki yang berusia 47 tahun itu ditahan kira-kira pada pukul 8 malam tadi di pejabat SPRM Kuala Lumpur ketika hadir memberikan keterangan.

“Suspek yang juga pemilik sebuah syarikat dikatakan menerima wang tersebut daripada dua syarikat pembekal menerusi akaun syarikat miliknya itu sebagai upah membantu pembekal terbabit mendapatkan tender pembekalan tiang besi kepada GLC tersebut,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kuala Lumpur, Razaliah Ab. Rahman ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009,” jelasnya.

Tambahnya, suspek akan dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada esok untuk permohonan reman. -SM

(Visited 134 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button