Politik

Zuraida, Redzuan dilantik Timbalan Presiden NGO MN

Turut dilantik Ridhuan Tee Abdullah dan Edmund Santhara Kumar

DUA bekas menteri Zuraida Kamaruddin dan Redzuan Md Yusof dilantik sebagai Timbalan Presiden NGO Muafakat Nasional.

Presidennya, Tan Sri Annuar Musa turut mengumumkan pelantikan penceramah terkenal Ridhuan Tee Abdullah dan bekas Ahli Parlimen Segamat, Edmund Santhara Kumar ke jawatan itu.

Lecturer Ridhuan Tee Abdullah speaks during a special forum in Kuala Lumpur on April 25, 2015. The Malaysian Insider/Najjua Zulkefli

Beliau mengumumkan pelantikan itu selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi MN pertama selepas ditubuhkan bulan lepas.

Zuraida, bekas Ahli Parlimen Ampang dipecat daripada Parti Bangsa Malaysia (PBM) pada 27 Disember lepas bersama 10 individu lain selepas didakwa melanggar disiplin parti.

Redzuan ialah ahli Majlis Pimpinan Tertinggi parti Bersatu.


Sejak ia dibuka untuk pendaftaran, MN kini mempunyai lebih 25,000 ahli daripada pelbagai parti dan dalam kalangan profesional.

Sementara itu, Annuar berkata, mesyuarat hari ini juga bersetuju untuk menubuhkan enam kluster utama bagi mengukuhkan struktur organisasinya.

Kluster berkenaan terdiri daripada Ekonomi; Sosial dan Kebajikan; Pendidikan dan Kenegaraan; Politik dan Kepimpinan; Belia dan Mahasiswa serta Media Sosial dan Seni Budaya.

“Enam kluster dibentuk supaya setiapnya membuat susulan perbincangan dalam aspek yang lebih spesifik,” katanya. – SM

 

(Visited 89 times, 2 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button