Politik

Selamat tinggal UMNO Seremban, sertai PAS

KETUA Pemuda UMNO Seremban, Zool Amali Hussin mengesahkan beliau meninggalkan parti itu dan akan menyertai PAS.

Ketika dihubungi FMT, beliau berkata, borang keahlian penyertaannya akan diserahkan kepada Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Rafiei Mustapha pada Sabtu ini.

“Kita juga akan membuka kaunter untuk sesiapa yang mahu menjadi ahli PAS pada Sabtu nanti,” katanya.

Ditanya adakah ia membabitkan keseluruhan jawatankuasa Pemuda bahagian itu, Zool berkata, keseluruhan ahli yang keluar UMNO akan diumumkan pada sidang media di kediamannya di Seremban selepas sesi penyerahan borang keahlian berkenaan.

Zool sebelum ini merupakan antara yang lantang mengkritik kepimpinan Presiden parti, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang didakwanya menjadi punca orang Melayu hilang keyakinan terhadap parti itu.

Sumber turut memaklumkan FMT, Zool telah dikeluarkan daripada kumpulan sembang WhatsApp “Ketua Pemuda Malaysia”.

“Kami dah singkir dia (Zool) dari kumpulan (WhatsApp), dia keluar Umno sebab tak sokong presiden,” menurut sumber rapat dengan perkara itu.

Berdasarkan jemputan yang dilihat FMT, Zool akan mengadakan penyerahan borang keahlian dan sidang media pada pukul 5 petang, Sabtu. – SM

(Visited 376 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button