Politik

Anwar tidak hadir sidang akhbar Tun M kerana bukan sidang akhbar PH

KETUA Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa beliau tidak hadir sidang akhbar di Yayasan Kepimpinan Perdana sebaik sesi Parlimen tamat Isnin lalu kerana ia bukan sidang media Pakatan Harapan.

Menurut Anwar, mesyuarat Pakatan Harapan melalui Zoom sehari sebelum itu memutuskan pemimpin-pemimpin pembangkang akan menyediakan pendirian bersama dalam isu kerajaan Perikatan Nasional dan akan menandatangani pendirian tersebut. Oleh kerana itu Pakatan Harapan tidak mengadakan sidang akhar khas mereka.

“Jawapannya mudah ini bukan sidang media Pakatan Harapan. .

“Tapi ini tidak menghalang kalau DAP, Bersatu, Amanah ataupun Keadilan buat sidang akhbar masing-masing atau ahli-ahli Parlimen mengemukakan pandangan. Jadi ini saya nak jelaskan. Bukan sidang PH. Tetapi kita demokratik boleh keluarkan (kenyataan media masing-masing),” jelas Anwar.

Ketidak hadiran Anwar pada sidang akhbar yang dihadiri oleh Pengerusi Bersatu, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Amanah Mohamad Sabu, Presiden Warisan Datuk Seri Shafie Apdal dan Timbalan Presiden Parti Bersatu Datuk Seri Mukhriz Mahathir menimbulkan persoalan.

Ketika ditanya ketidak hadiran Anwar, Dr. Mahathir berkata, Presiden PKR itu sudah menandatangani kenyataan bersama yang dikeluarkan Pakatan Harapan (PH) dan parti yang bekerjasama dengannya.

Sementara itu Anwar berkata, apa-apa sahaja program atau sidang media yang akan dilakukan oleh PH akan diumumkan oleh Sekretariat PH.

“Selepas ini kita akan jelaskan supaya semua program PH atau sidang PH mesti diumumkan oleh Sekretariat PH.

“Tidak boleh umpamanya saya menggunakan sekretariat Keadilan untuk membuat program bagi pihak PH kita ada beberapa peraturan yang kita harus patuhi,” kata Anwar.-SM

(Visited 295 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button