Hiburan

Zed Zaidi beri keterangan 2 jam kepada SKMM

EKORAN kenyataannya mengenai wabak koronavirus di twitternya baru-baru ini, Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi hari tampil memberi keterangan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), di Cyberjaya.

Zed Zaidi atau nama sebenarnya Rozaidi Jamil hadir pada 3.30 petang ditemani peguam, Zamri Idrus dan dilihat berada dalam pejabat SKMM selama dua jam.

Menurut Zamri, Zed dipanggil SKKM bagi memberi keterangan dan ada kertas siasatan dibuka mengikut Akta 233 (1A) Akta Komunikasi dan Multimedia.

Katanya, Zad memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak SKMM termasuk mereka mengambil kad sim miliknya untuk tujuan siasatan.

“SKMM turut memaklumkan sekiranya diperlukan anak guam saya akan dipanggil semula untuk hadir bagi memberi keterangan.

“Perkara ini masih dalam siasatan dan biarlah pihak berkuasa menentukan sama ada ia berita palsu atau sebagainya,” katanya kepada media.

Zed dipanggil SKMM ekoran status dimuat naik di laman Twitternya yang menyatakan bahawa situasi di negara ini sudah tidak selamat apabila rakyat Malaysia terpaksa memakai penutup muka bagi mengelak daripada dijangkiti influenza dan wabak koronavirus baharu yang melanda Wuhan, China ketika ini.

(Visited 169 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button