Hiburanpilihan

Siti Sarah disahkan positif Covid-19 ketika hamil 7 bulan

PASANGAN selebriti, Shuib dan Siti Sarah memaklumkan yang mereka sekeluarga disahkan positif Covid-19 hari ini. Menurut penyanyi itu, dia menerima segala ketentuan yang ditetapkan Allan dengan dengan hati terbuka dan berlapang dada.

“Mohon semua doakan kami sekelurga mengharugi 14 hari kuarantin. Kami serahkan semuanya kepada Allah,” katanya.

Sementara itu, Shuib pula memberitahu yang mereka menjalani ujian saringan Covid-19 pada semalam. Dia turut meminta doa daripada semua terutamanya buat isterinya yang kini sedang mengandung tujuh bulan.

Dalam pada itu, Siti Sarah turut memberitahu, walau pun mereka sekeluarga positif Covid-19, urusan perniagaan tetap berjalan seperti biasa.

“Pihak admin akan sentiasa menguruskan urusan perniagaan di media sosial bagi pihak saya. Saya dan keluarga akan kekal positif dan melihat apa yang terjadi ini sebagai satu hikmah,” katanya.


Siti Sarah kini sedang sarat mengandung anak keempat. Tiga anak mereka yang lain ialah Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8 dan Ariq Matin, 6 tahun. – SM

(Visited 109 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button