Hiburan

Zahirah Macwilson umum kehamilan, rakan artis ucap tahniah

PELAKON, Zahirah Macwilson mengumumkan bakal menimang cahaya pertama sulung tidak lama lagi.

Menerusi status yang dimuatnaik di akaun Instagram miliknya, Zahirah memberitahu yang usia kandungannya kini sudah memasuki bulan ke enam.

Turut disertakan dengan dalam status terbaharu Zahirah ialah gambar imbasan bayi.

“Sudah enam bulan permata cinta kami. Mak dan Ayah tak sabar untuk bertemu kamu,” tulisnya.

Sementara itu, suami kepada Zahirah, Aiman Hakim Ridza juga memuatnaik gambar yang sama di akaun Instagram miliknya.
BACA> ‘Dynamite’ juang BTS jadi artis Korea Selatan pertama unggulu carta Billboard

“Sangat teruja untuk bertemu cahaya mata ini yang juga sebahagian daripada saya dan cinta hati saya iaitu Zahirah,” tulisnya.

Pengumuman pasangan suami isteri itu mendapat ucapan tahniah daripada rakan-rakan artis.

Antara yang berkongsi rasa gembira dengan kehamilan sulung pasangan itu ialah Amelia Henderson, Janna Nick, Nelydia Senrose dan ramai lagi.

BACA> Blackpink, Selena Gomez bekerjasama dalam ice cream

Zahirah dan Aiman sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz pada 20 Februari lalu. -SM

(Visited 500 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button