Hiburan

Eddy Malmsteen maut akibat renjatan elektrik

Kematian pemain gitar profesional, Wan Radzie Wan Othman, 30 bersama kakaknya, Wan Zunira, 32 dipercayai akibat terkena renjatan elekrik daripada alat pemanas air.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, kematian pasangan adik beradik itu disahkan pihak hospital.

“Kita menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 11 malam berkenaan seorang lelaki dan wanita yang ditemukan dalam keadaan terbaring di sebuah rumah di Batu 11, Jalan Gombak Lama.

“Turut ditemukan ialah seorang kanak-kanak lelaki yang berada dalam keadaan lemah,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurut Arifai, siasatan awal mendapati mangsa sedang memandikan anaknya sebelum dia tiba-tiba terkena renjatan elektrik.

“Adik lelakinya yang kebetulan berada di rumah terdengar jeritan mangsa meminta tolong lalu bergegas ke bilik air untuk membantu, namun turut terkena renjatan elektrik,” katanya.

Beliau berkata, renjatan elektrik dalam kejadian itu dipercayai daripada alat pemanas.

“Bagaimanapun, kami masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian dan kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.

Sementara itu, abang kepada kedua-dua mangsa, Wan Razmie berkata kedua-dua jenazah sudah dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Pusu, Gombak.

Sepanjang kariernya, Eddy atau lebih dikenali sebagai Eddy Malmsteen kerap mengiringi persembahan artis-artis popular antaranya Datuk Hattan, Joey BPR dan ramai lagi.

Berita kematiannya mengejutkan ramai penggiat seni antaranya Datuk Hattan, To’ki, Joey BPR, Along Exists, Uchop Ahmad dan ramai lagi yang turut menzahirkan ucapan takziah. -SM

(Visited 508 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button