fbpx
Hiburan

Amar Asyraf ceraikan isteri kedua talak tiga

PELAKON Amar Asyraf telah menceraikan isteri keduanya dengan talak tiga pada 4 November lalu.

Tetapi menurut bekas isterinya, Vivy, sehingga kini urusan penceraian itu masih belum diselesaikan di mahkamah.

Vivy ketika mendedahkan perkara itu bagaimanapun reda dan pasrah dengan apa yang berlaku.

“Saya reda dan pasrah apabila diceraikan dengan talak tiga,” katanya seperti yang dilaporkan oleh Harian Metro.

Dia hanya meminta Amar agar tampil untuk menyelesaikan urusan perceraian mereka di mahkamah secepat mungkin.


Ini ekoran usaha menghubungi pelakon itu menemui jalan buntu kerana pelakon itu menyekat nombor telefon bekas isterinya itu.

“Kalau boleh saya nak perkara ini diselesaikan dengan cara baik. Saya enggan bermusuhan dengan sesiapa.

“Saya cuma mohon agar Amar tampil untuk uruskan proses perceraian ini kerana ia berlaku di luar mahkamah.
“Disebabkan dia gagal dihubungi, saya sudah tidak boleh berurusan dengannya lagi.
 

“Saya harap Amar janganlah aniaya saya sampai begini sekali. Permudahkanlah urusan ini agar proses perpisahan ini berjalan lancar,” katanya.

Kata  Vivyi lagi, dia tidak berdendam atau marah biarpun diceraikan dengan talak tiga.

“Ketika perceraian itu, dia ditemani seorang rakan ketika kami menguruskan hal surat beranak anak.

“Jujur tiada sekelumit dendam atau marah terhadapnya kerana saya sudah pasrah dengan apa yang berlaku.

“Jika diikutkan tempoh edah juga sudah hampir berakhir namun disebabkan hal yang berlaku ia tidak dapat disahkan oleh pihak mahkamah,” katanya.

Sebelum ini Vivy mendedahkan sudah berkahwin dengan pelakon itu beberapa tahun lalu.

Rahsia perkahwinan mereka terbongkar menerusi pendedahan wanita bernama Ellika Azman yang didakwa hampir berkahwin dengan Amar.

Namun perkara itu tidak menjadi realiti selepas mengetahui pelakon berkenaan mempunyai seorang lagi isteri. – SM

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button