Hiburan

Pasar mini Lan Solo dirompak

Dirompak seorang lelaki india dan dipaksa menyerahkan duit jualan kedai milik penyanyi, Lan Solo dan berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di kedainya.

Menurut Lan atau nama sebenarnya, Mohd Razlan Mohamed Yusof berkata, dia akan membuat laporan polis berkenaan apa yang terjadi.

“Minta bantuan kepada semua warga Puchong. Kedai saya telah dirompak

“Kalau ada maklumat berkenaan perompak ini boleh kongsi maklumat berkaitan seperti maklumat diri dan kenderaan yang digunakan,” katanya.

Kejadian tersebut turut dikongsikan isteri Lan, Sheila menerusi instagram story dan berharap orang ramai berhati-hati terutamanya penduduk Puchong.

“Allahuakbar. Kedai kami di Puchong telah dirompak. Habis semua duit sales hari ini.

“Seorang lelaki India telah menggunakan kekerasan kepada staf supaya menyerahkan duit kepada beliau.

“Warga Puchong dan sekitarnya, sila berhati-hati ya,” katanya.

Lan Solo sebelum ini membuka kedai yang menjual produk makanan dari Sabah dan Sarawak yang terletak di Puchong, Selangor.

Kedai tersebut baru dibuka tahun ini selepas perniagaan secara atas taliannya mendapat respon yang positif. -SM

(Visited 269 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button