Politik

Wira Putra gesa MOF jawab isu Prasarana

KEMENTERIAN Kewangan (MOF) digesa menjawab satu dakwaan dalam laporan mengenai penyelewengan yang membabitkan dalam syarikat Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana).

Malah ia juga dikatakan berpunca daripada tindakan salah guna kuasa oleh pengerusinya, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Desakan supaya MOF menjawab dakwaan tersebut juga adalah kerana kementerian itu turut dikatakan meluluskan pemindahan pejabat Prasarana secara senyap-senyap.

“Justeru, Wira Putra (Parti Bumiputera Perkasa Malaysia) mendesak agar Menteri Kewangan menyiasat dan memberikan penjelasan sama ada dakwaan pendedahan ke atas Tajuddin ini adalah benar ataupun palsu.

“Ini kerana tuduhan salah guna kuasa merupakan satu tuduhan yang amat berat dan memberi impak buruk kepada Prasarana.”

Demikian kata Exco Ekonomi Pergerakan Wira Putra, Ashraf Rosli dalam satu kenyataannya hari ini.

Beliau dalam kenyataan tersebut merujuk kepada laporan sebuah portal berbahasa Inggeris yang mendedahkan berlaku penyelewengan dalam Prasarana.

Kata kenyataan itu, akhbar The Edge melaporkan Prasarana mengambil keputusan untuk menamatkan segala kerja bagi kontraktor sedia ada bagi pembangunan sekeliling terminal Aliran Transit Ringan (LRT) Dang Wangi.

Akibat daripada itu, Prasarana didakwa terpaksa membayar pampasan sebanyak RM80 juta untuk menamatkan ‘joint land development agreement’ (JLDA).

Malah, Ashraf turut memetik laporan sama mendakwa perjanjian tersebut melibatkan syarikat milik isteri dan anak Ahli Parlimen Pasir Salak itu.

Walau bagaimanapun, sekiranya dakwaan tersebut adalah palsu, beliau turut menggesa MOF mengambil tindakan ke atas The Edge termasuklah mendakwa di mahkamah.

“Sekiranya ia benar, siasatan dan hukuman mestilah dijatuhkan dengan hukuman yang sewajarnya. Tiada sesiapa yang boleh terlepas atau terkecuali dari undang-undang.

“Sekiranya pendedahan ini palsu maka tindakan saman terhadap The Edge harus dilakukan kerana ia telah mencalarkan imej Pengerusi Prasarana dan secara tidak langsung juga mencalarkan nama baik MOF.

“Kedua nama besar ini perlu dibersihkan dan The Edge hendaklah bertanggungjawab atas pendedahannya,” katanya. – SM

 

(Visited 351 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button