Nasionalpilihan

Malaysia sertai FATCA, tambah baik amalan pertukaran maklumat berkaitan cukai

MALAYSIA menyertai Foreign Account Tax Compliance Act (FATCA) yang diperkenalkan Amerika Syarikat bagi menambahbaik amalan pertukaran maklumat berkaitan percukaian, khususnya melibatkan warga Amerika Syarikat.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata, perjanjian Intergovernmental Agreement antara negara dan Amerika Syarikat itu telah ditandatangani Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Asri Hamidon dan Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, Tuan YangTerutama Brian McFeeters pada semalam.

“Majlis tersebut telah berlangsung secara serentak di Putrajaya dan Kuala Lumpur serta turut dihadiri Timbalan Menteri Kewangan II, Mohd Shahar bin Abdullah.

“Pemuktamadan perjanjian ini menunjukkan hubungan erat yang telah lama terjalin antara
kedua-dua negara. Menerusi perjanjian ini, Malaysia menyertai 113 negara yang telah
melaksanakan pelaksanaan Foreign Account Tax Compliance Act (FATCA),” katanya.

Menurut kenyataan itu, inisiatif ini merupakan pelengkap kepada usaha yang dilakukan menerusi penyertaan di forum antarabangsa yang diterajui oleh Organisation for Economic and Cooperation Development (OECD) untuk terus meningkatkan ketelusan percukaian berdasarkan amalan terbaik.

Jelasnya, pelaksanaan FATCA merupakan kejayaan daripada hasil siri perbincangan antara kedua-dua
negara, berdasarkan keperluan untuk mempunyai mekanisme yang lebih efektif bagi memudahkan pertukaran maklumat.

Sementara itu, Mohd Shahar dalam ucapannya turut menekankan bahawa selaras dengan perkembangan terkini sistem percukaian antarabangsa, penambahbaikan dalam ketelusan dan amalan pertukaran maklumat cukai antara negara memerlukan kerjasama yang lebih meluas, terutamanya dalam menangani isu pengelakan cukai dan pelarian cukai.

McFeeters pula berkata, pemuktamadan FATCA merupakan antara detik bersejarah dalam hubungan dua hala Malaysia – Amerika Syarikat, dan menghargai usaha yang telah dilakukan oleh institusi perbankan Malaysia berhubung aspek pematuhan yang menunjukkan kecemerlangan mereka selaku institusi bertaraf dunia.

“Perjanjian FATCA ini juga adalah sangat penting ke arah usaha Malaysia untuk mengadakan perjanjian percukaian secara bilateral yang lebih komprehensif dan akan memberi manfaat kepada pembayar cukai Malaysia dan Amerika Syarikat,” jelas kenyataan itu. -SM

(Visited 152 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button