Politik

Mael kamu hidup zaman mana? Soal Anwar

KECEWA dengan penolakan Perdana Menteri untuk berdebat Anwar Ibrahim memperlekeh Ismail Sabri Yaakob dengan mempersoal pemimpin itu hidup di zaman mana.

Datuk Seri Anwar berkata, dari sekolah telah diajar berbahas dan begitu juga ketika di universiti.

Justeru pemimpin Pakatan Harapan (PH) itu menganggap Datuk Seri Ismail Sabri sebagai ketinggalan zaman.

Anwar yang terkenal sebagai pemimpin yang bijak berpidato sebelum ini berdebat dengan beberapa pemimpin politik utama termasuk bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Desakan debat itu secara tidak langsung Anwar mengiktiraf Ismail Sabri sebagai pemimpin yang mengetuai Barisan Nasional (BN) dan bukannya Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi atau Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan.


Bagi Tan Sri Annuar Musa yang merupakan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Ismail Sabri merupakan seorang pemimpin yang kelihatan santai, tetapi sebenarnya tegas.

Menurut Annuar, Ismail Sabri seorang yang sentiasa ‘cakap serupa bikin’.

 

(Visited 192 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button