Nasional

Laporan Laksana ke-76: i-Citra diluluskan RM21.4 bilion melibatkan 5.2 juta pemohon

SEJUMLAH RM21.4 bilion diluluskan bagi pengeluran i-Citra melibatkan 5.2 juta pemohon setakat 4 Oktober lalu. Daripada jumlah bekenaan, Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata RM10.85 bilion telah dikreditkan kepada ahli KWSP.

“Kemudahan ini dapat menyalurkan sebanyak RM30 bilion kepada rakyat untuk menampung keperluan harian. Setakat 4 Oktober 2021, pengeluran kumulatif i-Citra yang telah diluluskan sebanyak RM21.4 bilion yang menglibatkan 5.2 juta pemohon.” katanya ketika membentangkan Laporan Laksana Ke-76.

Skim pengeluaran i-Citra diumumkan dalam Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), kemudahan pengeluaran baharu iaitu i-Citra yang membenarkan ahli KWSP untuk membuat pengeluaran sehingga RM5,000 dengan kadar bayaran tetap RM1,000 sebulan untuk tempoh lima bulan.

Dalam tempoh yang sama, jumlah pengeluaran kumulatif i-Sinar yang telah berjaya dikreditkan adalah sebanyak RM58.6 bilion, melibatkan 6.57 juta pemohon. Inisiatif ini diperkenalkan oleh kerajaan dengan kerjasama KWSP untuk membolehkan ahli KWSP untuk membuat pengeluaran daripada Akaun 1 mulai 8 Mac 2021.

Manakala bagi pengeluaran i-Lestari pula, setakat April 2021 jumlah pengeluaran kumulatif adalah sebanyak RM20.8 bilion dan melibatkan 5.27 juta penerima. Inisiatif yang bermula pada April 2020 sehingga Mac 2021 ini memudahkan pengeluaran daripada Akaun 2 KWSP bagi membantu golongan yang terjejas akibat penularan wabak Covid-19 untuk meneruskan kelangsungan hidup. Pengeluaran maksimum adalah sebanyak RM500 sebulan dan bergantung kepada jumlah baki yang terdapat di dalam Akaun 2 KWSP. – SM


(Visited 57 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button