Nasional

Kanak-kanak lelaki 10 tahun lemas di Pantai Teluk Senangin

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun ditemukan lemas pagi tadi selepas dilaporkan hilang ketika beriadah bersama keluarganya di Pantai Teluk Senangin, Lumut, semalam.

Mayat Muhammad Faris Irfan ditemukan nelayan berhampiran Tanjung Hantu kira-kira jam 8.20 pagi.

“Mayat kanak-kanak tersebut kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya menurut laporan Harian Metro, hari ini.

Sabarodzi berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa melibatkan 67 anggota daripada pelbagai agensi termasuk bomba, polis, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) serta penduduk kampung. Operasi ditamatkan jam 9 pagi tadi.

Bomba sebelum itu menerima panggilan kecemasan pada jam 3.19 petang semalam dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai Remis dikejarkan ke lokasi kejadian.

Ahli keluarga kanak-kanak itu membuat laporan polis apabila menyedari mangsa hilang kira-kira jam 1 tengah hari. – SM

BACA Pelajar universiti awam mati lemas di pantai Cherating

(Visited 188 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button