NasionalNegeri

Pelajar universiti awam mati lemas di pantai Cherating

SEORANG pelajar universiti awam yang dilaporkan hilang semasa mandi di Pantai Cherating semalam, ditemukan lemas pagi tadi.

Ketua Polis Kuantan, Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, mayat Adam Ridhuan Abdul Rejab, 18, ditemukan dalam keadaan tertiarap oleh sepasang suami isteri yang sedang beriadah di pantai itu pada pukul 7 pagi, kira-kira 8.6 kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang.

Wan Mohd Zahari dalam kenyataannya berkata, mayat dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat dan ahli keluarga pelajar itu telah mengesahkan identiti mangsa.

Adam yang berasal dari Seri Kembangan, Selangor dilaporkan hilang sekitar pukul 1.45 tengah hari semalam apabila dia dilihat dibawa arus ke kawasan yang lebih dalam ketika bermain permainan dalam air sebelum hilang dari pandangan.

Arwah dikatakan ke pantai itu bersama 19 lagi rakannya untuk berkelah dan berehat. – SM

 

(Visited 173 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button