NasionalNegeri

Waktu janji temu vaksin hari ini dijadual semula

ORANG ramai yang menempah janji temu hari ini bagi mengambil vaksin Koronavirus (Covid-19) daripada pembekal AstraZeneva disarankan membuat semakan semula waktu.

Ini kerana terdapat perubahan dilakukan termasuk penjadualan semula bagi mengelakkan kesesakan berlaku di pusat pengambilan vaksin.

Pusat terlibat dengan penjadualan semula adalah Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC) dan Pusat Konvensyen Ideal, Shah Alam (IDCC).

Perkara itu dimaklumkan oleh Jawatankuasa Khas mengenai Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) yang menasihatkan orang ramai datang 30 minit lebih awal sebelum janji temu.

Semalam, WTCKL dilapor sesak apabila orang ramai hadir bagi mendapatkan vaksin Covid-19, malah kesesakan sama juga turut berlaku pada dua minggu lalu.


Kesesakan sedemikian dibimbangi akan menyebabkan berlaku penularan wabak pandemik dalam kalangan penerima vaksin. – SM

(Visited 345 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button