NasionalNegeriTravel

Tambang feri ke Langkawi dari Kuala Perlis, Kuala Kedah naik mulai hari ini

SELEPAS tempoh 15 tahun, tiket feri bagi perjalanan pergi balik dari Kuala Perlis dan Kuala Kedah ke Langkawi dinaikkan mulai hari ini.

Kali terakhir kenaikan tambang feri Langkawi pada 15 Disember 2007 iaitu RM3 melalui Kuala Perlis dan RM5 melalui Kuala Kedah.

Pengurus Sumber Manusia dan Operasi Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd, Kapten Dr. Baharin Baharom berkata, Konsortium Ferry Line Ventures adalah gabungan daripada tujuh syarikat feri penumpang yang terbesar di negara ini.

Beliau berkata, kenaikan harga tambang itu untuk menampung kos gaji pekerja yang meningkat.

Selain itu, katanya, selain kos minyak diesel yang naik RM4.17 seliter pada tahun ini berbanding hanya 83 sen tahun 2007.


Katanya lagi, tambang asal feri pergi dan balik dari Kuala Perlis ke Langkawi sebelum ini RM18 untuk dewasa bagi pelancong tempatan dinaikkan RM3 menjadi RM21 seorang manakala kanak-kanak pula RM13 dinaikkan menjadi RM16.

Beliau berkata, penumpang feri dari Kuala Kedah pula RM26.50 (dewasa) berbanding harga sebelum ini RM23 manakala kanak-kanak (warganegara) RM20.50 berbanding harga asal RM17 seorang.

Tambah beliau, penduduk yang menetap di Langkawi pula, harga tiket kekal RM15 (dewasa) manakala kanak-kanak RM10.

“Bagi Orang Kurang Upaya (OKU) masih kekal RM10 dan warga emas berusia 60 tahun ke atas pula harga tiket turut kekal RM13 seorang,” katanya.

Baharin berkata, harga asal tiket untuk pelancong bukan warganegara pula sebelum ini RM18 (dewasa) dinaikkan RM9, menjadikan harga baharu RM27, manakala kanak-kanak RM19.50 berbanding harga asal RM13 seorang. – SM

(Visited 158 times, 2 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button