Nasional

Doktor HTF korban kesembilan COVID-19

SEORANG doktor dari Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di Kangar meninggal dunia pagi ini, menjadikan setakat ini sembilan orang terkorban sejak wabak COVID-19 merebak di negara ini.

Dr. Usman Sani Saidin, Pakar Patologi, meninggal dunia jam 10.33  pagi tadi mempunyai sejarah perjalanan ke Turki dan tiba di tanah air, pada 8 Mac.

Beliau telah dimasukkan ke wad pada 16 Mac dan disyaki jangkitan paru-paru (pneumonia) dan dehidrasi.

Ujian makmal di Hospital Sultanah Bahiyah mendapati beliau positif terhadap COVID-19 pada 18 Mac. – SM

(Visited 519 times, 1 visits today)


Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button